welcome

.

.

.

welcome to my blog

Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Dosa cikgu di bulan puasa

Pastinya berkurangan sebab pada bulan yang mulia ini semua sekolah mengatur program yang sesuai dengan kehadiran bulan tersebut. Pada bulan itulah dapat kita saksikan:
  1. cikgu2 kurang bercakap kosong. apa yang diperkata semua berisi fakta;
  2. murid-murid kurang bising sebab letih dan dahaga;
  3. kebanyakan murid tidak melanggar peraturan yang ditetapkan;
  4. cikgu2 kurang marah dan kurang membebel;
  5. cikgu2 tidak berkumpul dan berpolitik di kantin sekolah;
  6. aktiviti sukan dan riadhah dikurangkan;
  7. majlis makan-makan dan jamuan ditunda;
  8. aktiviti sosial ditangguhkan;
  9. guru besar dan pengetua berlumba-lumba menghimpun pahala;
  10. kebanyakan guru dilibatkan dengan aktiviti amal sempena bulan puasa;
  11. anak-anak fakir dan miskin dibantu;
  12. warga kebanyakan sekolah disedarkan tentang amalan-amalan baik yang perlu dibuat bagi meningkatkan darjat disisi Allah

Makanya....sebahagian besar murid, guru dan pemimpin sekolah gembira dan bahagia apabila tiba bulan puasa....bulan yang mulia ini...

Sunday, July 18, 2010

Sekolah dan Anugerah

Dekat ini menyaksikan sekolah berlumba-lumba dengan pemberian anugerah kepada warganya. Mengapa semua ini terjadi? Adakah berpunca dari sikapnya manusia? atau hanya sekadar suka-suka? Bermula dengan pertandingan di peringkat kelas,  sekolah, daerah/zon, negeri, kebangsaan dan akhirnya di peringkat antarabangsa. Kini di tahap yang lebih luas sekolah dipastikan terlibat dalam pertandingan dan penilaian anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Semua program-program di atas dikatakan bermatlamat mengukur dan mengesahkan kecemerlangan institusi pendidikan negara. Maka istilah dan program-program yang di senaraikan di bawah tidaklah asing kepada mereka:
  1. Anugerah Pusat Sumber Sekolah;
  2. Anugerah Nilam;
  3. Anugerah Sekolah Harapan Negara;
  4. Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran;
  5. Anugerah Lonjakan Saujana;
  6. Anugerah Sekolah Cemerlang;
  7. Anugerah Sekolah Kluster;
  8. Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi;


Thursday, July 15, 2010

Tepat 12.00 Tengah Malam

Pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Kohort 2 tiba ke tarikh penghujungnya. Pengetua dan Guru Besar yang terlibat berhempas pulas menyediakan maklumat yang diperlukan. Dikatakan, mana-mana calon yang terpilih akan dinilai oleh Jawatakuasa Penilaian iaitu Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti mulai 19 hingga 30 Julai 2010. Antara syarat penting ialah calon SBT mestilah cemerlang dalam semua aspek pendidikan dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, kepimpinan mahupun kemenjadian modal insan (itulah istilah-istilah yang sering dikaitkan dengan NKRA sekarang). Selain itu, calon .hendaklah juga cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sehingga hari ini telah ada 20 SBT di negara kita. Tahun 2010 bilangan SBT akan bertambah sebanyak 30 menjadikan semua sekali adalah 50 buah.. Dijangkakan, pengumuman tentang pemilihan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk SBT KPM pada masa yang  akan ditetapkan.. .  

Wednesday, July 14, 2010

Maruah seorang guru

Terkedu semua orang menjadi saksi, kepada peristiwa yang  berlaku di satu medan diskusi hari ini. Seorang guru, dimalukan dikhalayak ramai. Tercalar, lerai harga dirinya. Sebagai seorang ketua, seorang yang lebih dewasa yang pastinya tahu banyak perkara, seharusnya teguran yang dibuat perlu  mengambil kira segala aspek kebajikan yang ada. Apa pun sebenarnya cerita. Apapun alasan yang hendak dikatai, padaku sketsa yang dipratontonkan hari ini, patut dinyahkan terus darri sesebuah institusi. Jelaslah profesional hanya terletak pada fungsi organisasi, kata-kata tetapi tidak pada jiwa pelaksananya. Impak yang mungkin timbul adalah bakal hilanglah motivasi dan tenggelamlah budi dalam masyarakat kita hari ini dan tidak mustahil masyarakat akan datang.