welcome

.

.

.

welcome to my blog

Saturday, July 31, 2010

Dosa cikgu di bulan puasa

Pastinya berkurangan sebab pada bulan yang mulia ini semua sekolah mengatur program yang sesuai dengan kehadiran bulan tersebut. Pada bulan itulah dapat kita saksikan:
  1. cikgu2 kurang bercakap kosong. apa yang diperkata semua berisi fakta;
  2. murid-murid kurang bising sebab letih dan dahaga;
  3. kebanyakan murid tidak melanggar peraturan yang ditetapkan;
  4. cikgu2 kurang marah dan kurang membebel;
  5. cikgu2 tidak berkumpul dan berpolitik di kantin sekolah;
  6. aktiviti sukan dan riadhah dikurangkan;
  7. majlis makan-makan dan jamuan ditunda;
  8. aktiviti sosial ditangguhkan;
  9. guru besar dan pengetua berlumba-lumba menghimpun pahala;
  10. kebanyakan guru dilibatkan dengan aktiviti amal sempena bulan puasa;
  11. anak-anak fakir dan miskin dibantu;
  12. warga kebanyakan sekolah disedarkan tentang amalan-amalan baik yang perlu dibuat bagi meningkatkan darjat disisi Allah

Makanya....sebahagian besar murid, guru dan pemimpin sekolah gembira dan bahagia apabila tiba bulan puasa....bulan yang mulia ini...

1 comment:

  1. Bulan ni jgk jadi bulan rezeki wat cikgu cikgu yg nak cari duit raya...jual kuih raya... Jgn jual mercun dah le.. heh heh

    ReplyDelete